Pages

Geng Pintar Bercuti




Maafkan Geng Pintar

Post ni ditujukan kpd Chekguisza.

Terima kasih kerana telah memaafkan pihak kami.

Kami harap puan dapat memberitahu kpd kami mane 1 artikel/bahan yg kami tidak membuat rujukan ke blog puan. Terima kasih atas kerjasama.


Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin



Mengucapkan Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin.
Kepada Semua...

Hasil Pembelajaran Tahun 4

Hasil Pembelajaran

1) Menukarkan pecahan tak wajar kepada nombor bercampur
2) Menambah pecahan wajar
3) Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan penambahan pecahan wajar
4) Menolak pecahan wajar
5) Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan penolakan pecahan wajar

Penambahan dan Penolakan Pecahan Yang Sama Penyebut


SITUASI 1:

Ibu mengambil sebiji limau dari peti sejuk. Kemudian, ibu memotong buah oren tersebut kepada 8 bahagian yang sama. Ali memakan 2 ulas daripada limau itu dan Adi memakan 3 ulas daripada limau itu. Berapakah jumlah ulas limau yang telah dimakan oleh Ali dan Adi??





Jom kita kira sama-sama berapa bahagiankah yang dimakan oleh Ali dan Adi ye adik-adik..
Ali makan 2 daripada 8 ulas limau =  2/8
Adi makan 3 daripada 8 ulas limau = 3/8
Jadi, jumlah bilangan ulas limau yang telah dimakan ialah:

2/8 + 3/8 = 5/8

tapi adik-adik, berapa pula bilangan ulas yang tinggal??

jom kita kira sekali lagi...

sebiji limau mempunyai 8 ulas limau = 8/8
jumlah yang telah dimakan oleh Ali dan Adi ialah 5/8
jumlah yang tinggal ialah...

8/8 - 5/8 = 3/8

jadi, jumlah ulas limau yang masih tinggal ialah 3/ 8




SITUASI 2:

Aida membeli sebiji kek di sebuah kedai. di rumah, dia memotong kek itu kepada 5 bahagian yang sama besar. selepas itu, satu bahagian daripada kek itu diberikan kepada Anita dan 2 bahagian lagi diberikan kepada Aisyah. berapakah jumlah bahagian kek yang telah diberi oleh Aida??




Ayuh adik-adik,  kita kira sama-sama !!!

Sebiji kek dipotong kepada 5 bahagian.

Aida memberi satu bahagian daripada kek itu kepada Anita= 1/5

Aida memberi 2 bahagian daripada kek itu kepada Aisyah = 2/ 5

jumlah bahagian kek yang diberi ialah 1/5 + 2/5 = 3/5

jadi adik-adik, berapa pula bahagian kek yang tinggal untuk Aida??

jom kita kira!!!

sebiji kek memiliki 5 bahagian = 5/5

bahagian kek yang diberi kepada Anita dan Aisyah = 3/ 5

jadi, baki yang tinggal ialah = 5/5- 3/5 = 2/5








diharap adik-adik semua dapat mempelajari pecahan ini dengan senang hati..

ada masa kita jumpa lagi..:)