Pages

Operasi Melibatkan Pecahan Bercampur

Matematik adalah mudah sekiranya  adik-adik dapat mengikuti langkah-langkah yang betul dalam proses penyelesaian.

Di bawah merupakan langkah-langkah bagi  menambah pecahan bercampur (improper fractions).

Bagaimanakah untuk menambah nombor dibawah?

Ohhh.. ianya satu soalah yang sangat mudah!
Ini adalah contoh mudah. 

 Bagaimana pula jika operasi melibatkan nombor bercampur dikedua-dua bahagian? 
Perkara inilah yang selalu menimbulkan masalah kepada adik-adik.

Contoh:

Langkah penyelesaian:
Tukarkan kedua-dua pecahan kepada pecahan tidak wajar 
(improper fractions)

Perlu ambil perhatian. 
Penambahan pecahan bercampur di atas melibatkan nombor penyebut yang berlainan. 

Samakan penyebut. 
Jangan lupa mendarabkan pengangka sama seperti penyebut.

Selesaikan

Jawapan


Jawapan akhir:

~semoga adik-adik dipermudahkan untuk memahaminya~

Budak Pintar



Cikgu : Sekarang saya nak hangpa semua jawab soalan saya ni...EMPAT TOLAK DUA berapa?
Pelajar: 4 – 2 = 2..
Cikgu : Betul ke dua..hangpa pasti ka?..ok Karim, Kader..betul ka?
Karim : Betul Cikgu..DUA
Kader: Jawapan dia DUA cikgu..
Cikgu : Bagus...hangpa semua memang pandai.


Cikgu : Ok kalau TOLAK DUA TAMBAH EMPAT pulak..berapa jawapannya?
Pelajar : ENAM
Kader : Eh apa pulak 6..LAPAN la..
Karim : Hang lagi bengong..Kan kat depan tu ada tolak...jawapan dia TOLAK ENAM.
Kassim : Bukan tolak la..NEGATIF ENAM...cikgu pun silap tu..
Cikgu : Oh ya ka..maaf...ok ganti TOLAK dengan NEGATIF..so apa jawapannya?
Pelajar: -2 + 4 = -6 ..
Cikgu : Kamu pastiker tu jawapan dia?
Pelajar: Iye..NEGATIF ENAM..
Cikgu : Muktamad?..tiada bangkangan?
Pelajar: Muktamad cikgu...
Cikgu : Sekali lagi...hangpa memang terer.

Cikgu : Kalau LIMA TOLAK EMPAT?
Pelajar : SATU.
Cikgu : TOLAK EMPAT TAMBAH LIMA?
Pelajar : TOLAK SEMBILAN
Cikgu : Betul ka?..muktamad?
Pelajar: muktamad cikgu..
Cikgu : Kassim macam mana?
Kassim : NEGATIF SEMBILAN la..
Cikgu : Alamak saya silap lagi...Hangpa memang terer.

Cikgu : Katakanlah hangpa hutang dengan saya DUA ringgit...hangpa dah bayar EMPAT ringgit...jadi hangpa masih hutang lagi dengan saya ENAM ringgit...betul?
Pelajar : Eh..mana boleh cikgu...sepatutnya dah habis la hutang tu..
Cikgu : Apa alasan hangpa?
Pelajar : Kami hutang DUA ringgit ja..lepas tu bayar EMPAT ringgit..bukan saja dah habis bayar hutang..lebih lagi DUA ringgit lagi..
Cikgu: Habis tu kan hangpa cakap tadi..-2 + 4 = -6 ?
Pelajar : Eh........
Cikgu : Kassim?
Kassim : hehehehe...