Murid-murid berupaya untuk menyebut, membaca dan menulis nombor pecahan
Murid-murid mengenal pasti pecahan sebagai pembahagian yang sama rata daripada keseluruhan satu set.
Apakah itu pecahan?
Memperkenalkan pecahan pada murid dengan menggunakan contoh pizza.
Sebuah pecahan adalah sebahagian daripada keseluruhan.
satu per dua @ one-half
satu per empat @ one-quarter
tiga per lapan @ three-eighths
Guru menceritakan bahawa angka yang di atas mewakili berapa banyak potongan pizza yang murid miliki dan jumlah bahagian bawah menceritakan bagaimana banyak potongan pizza itu dipotong
Numerator (Pengangka) & Denominator (Penyebut)
Guru menerangkan bahawa nombor yang di atas di sebut numerator (pengangka)
(merujuk cerita piza di atas, pengangka ialah jumlah bahagian-bahagian yang murid miliki)
Guru menerangkan nombor di bawah di panggil denominator (penyebut)
(merujuk cerita piza di atas, penyebutialah jumlah bahagian pizza keseluruhan)
Contohnya:
1 ---> pengangka
2 ---> penyebut
Tips:
Untuk mengingat nama bagi setiap pengangka dan penyebut guru bolehlah tekankan bahawa pengangka = angka dan angka adalah number dalam BI lalu diingati sebagai numerator.
Bagi penyebut pula, guru boleh gunakan "Down"-ominator dan down adalah bawah maka denominator adalah nama bagi penyebut.
"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangankan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara."
Wahai Tuhan kami! Perbaikilah hati kami, hapuskanlah cacat cela kami, pimpinlah kami ke arah kebaikan, hiasilah kami dengan taqwa, kurniakanlah kepada kami taat setia kepadaMu sepanjang hidup kami.
Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami mohon kepadaMu ketetapan di dalam urusan ini keazaman di dalam hidayah tolonglah kami mengingat Engkau menyebut namaMu mensyukuri Engkau baik ibadat kepadaMu.
Pada suatu hari, seorang ibu mengajar anaknya cara mengira.
EMAK: Katakan kita hendak pergi berkelah. Kita mahu minum Coca Cola. Yang pergi berkelah adalah ayah, emak, kamu, kakak dan nenek. Berapa tin Coca Cola yang kita perlu bawa semasa berkelah, supaya setiap orang dapat minum satu tin Coca Cola.
ANAK: Biar saya kira.... mmm... empat tin, mak!
EMAK: Biar betul, nak. Cuba kira lagi.
ANAK: Betullah mak. Empat tin semuanya!
EMAK: Salah! Jawapan betul ialah lima. Bagaimana kamu kira empat, nak?
ANAK: Empat.....
EMAK: Lima!!!!
ANAK:Ya empatlah!!! Orang yang nak minum Coca Cola cuma empat, saya kan mahu minum Pepsi.
EMAK: @#$%@%!!!
Situasi 4
Seorang murid darjah satu pulang dengan gembira setelah dia berjaya mendapat 10 markah pada ujian matematik.
Anak : " Mak! Saya mendapat 10 markah pada ujian matematik dan kata guru hanya saya saja yang mendapat 10 markah!"
Emak : " Pintar anak mak. Murid yang lain dapat markah berapa"??
Anak : " Kata guru yang lain mendapat 100 markah".
0 comments:
Post a Comment