Pages

Menambah Tiga Pecahan (Bahagian 3)



Jika nombor penyebut adalah sama...

tambahkan nombor pengangka sahaja
(sekiranya nombor pengangka melebihi nombor penyebut, tukarkan jawapan adik-adik ke dalam bentuk nombor bercampur)



Contoh 1:

5/6 + 2/6 + 4/6 = ?


Penyelesaiannya ialah,

Tambahkan pecahan pertama & kedua, kemudian baru tambahkan pecahan tersebut dengan pecahan yang ketiga.






Tukarkan pecahan tidak wajar kepada pecahan bercampur.
Berikut merupakan cara-cara menukarkan pecahan tidak wajar kepada pecahan bercampur,


Hasilnya ialah,
5/6 + 2/6 + 4/6 = 1 5/6


Contoh 2:


Ridhuan, Aman dan Ain perlu membuat hasil kraf tangan yang menggunakan bahan daripada kain. Oleh itu, Ridhuan telah membeli 2/8 meter kain. Aman pula membeli 3/8 meter kain manakala Ain berjaya membeli 5/8 meter kain. Berapa jumlah meter kainkah yang terdapat pada mereka bertiga? 

Penyelesaian:

1) keluarkan segala maklumat yang terdapat didalam soalan penyelesaian masalah

kata kunci : 
jumlah meter kain (operasi tambah)

maklumat dari ayat : 
Ridhuan beli 2/8, Aman beli 3/8, Ain beli 5/8

kehendak soalan :
berapa jumlah kain yang ada

2) tukarkan soalan penyelesaian masalah kepada ayat matematik



3) tambahkan sahaja nilai pengangka
 (nilai penyebut ambil nilai yang telah diberikan sekiranya penyebutnya mempunyai nilai yang sama)



4) sekiranya jawapan yang diperolehi adalah pecahan tidak wajar, pecahan tersebut haruslah ditukarkan kepada pecahan bercampur



Hasilnya ialah


 atau 






Jika nombor penyebut tidak sama...

Samakan nombor penyebut dahulu
(sekiranya nombor pengangka melebihi nombor penyebut, tukarkan jawapan adik-adik ke dalam bentuk nombor bercampur)

Contoh 1:

2/5 + 7/10 + 1/2 = ?

Penyelesaiannya ialah,

Tambahkan pecahan pertama & kedua, 



Tambahkan pecahan kedua & ketiga,


Tukarkan pecahan tidak wajar kepada pecahan bercampur.
Berikut merupakan cara-cara menukarkan pecahan tidak wajar kepada pecahan bercampur,



Hasilnya ialah,
2/5 + 7/10 + 1/2 = 1 3/5


~semoga adik-adik dipermudahkan untuk memahaminya~

1 comments:

Unknown said...
This comment has been removed by the author.

Post a Comment