Pages

Penambahan Pecahan (Bahagian 2)


HASIL PEMBELAJARAN

-Menambah nombor bercampur dan pecahan wajar yang penyebut pecahannya tidak sama.
-Menambah dua nombor bercampur yang penyebut pecahannya tidak sama.



ADIK-ADIK SUDAH BERSEDIA?
masihkah adik-adik ingat pembelajaran pecahan yang lalu?
BAGUS!!
jika begitu, marilah kita menyambung pembelajaran kita dengan subtopik yang lain pula
mari kita mahirkan diri LAGI dengan tajuk

PENAMBAHAN PECAHAN

..namun..
kali ini kita akan belajar penambahan..

NOMBOR BERCAMPUR +  PECAHAN WAJAR YANG PENYEBUTNYA TIDAK SAMA

ingat adik-adik PENYEBUT ialah TIDAK SAMA
jadi..



faham tak adik-adik?
begini..

adik-adik..
untuk samakan penyebut, 
adik-adik perlu tahu 
GANDAAN SEPUNYA TERKECIL 
yang SAMA bagi kedua-dua pecahan..

selepas melakukan penambahan..
adik-adik jangan lupa untuk menukarkan pecahan tersebut kepada 
PECAHAN SETARA yang TERKECIL..

seterusnya..
kita akan belajar penambahan

NOMBOR BERCAMPUR + NOMBOR BERCAMPUR YANG PENYEBUT PECAHAN TIDAK SAMA

sepertimana penambahan yang tadi..
kita perlu memastikan 
kedua-dua pecahan di dalam nombor bercampur 
mempunyai PENYEBUT yang SAMA 

jom kita lihat contoh:

sama seperti penambahan sebelum ini..
adik-adik perlu mencari
GANDAAN SEPUNYA TERKECIL 
bagi kedua-dua pecahan di dalam nombor bercampur

kemudian..
barulah adik-adik tambahkan hasil kedua-dua nombor bercampur tersebut.
jangan lupa untuk memberikan nilai pecahan yang terkecil..

mari menguji kefahaman adik-adik!!

3 5/7 + 4/6
7/8 + 4  4/7
6  3/4 + 1  2/3
2 4/5 + 6 1/2

selamat mencuba adik-adik!!


0 comments:

Post a Comment