Apa maksud pecahan wajar & pecahan tak wajar?
Pecahan wajar:
- pecahan yang pengangkanya lebih kecil daripada penyebut
- (pengangka < penyebut) - contoh, 4/7
Pecahan tak wajar:
- pecahan yang pengangkanya lebih besar daripada atau
sama dengan penyebut
- (pengangka ≫ penyebut)
- contoh, 6/5
Cara menukar pecahan tak wajar kepada nombor bulat adalah seperti berikut:
bagaimana hendak mengetahui nombor yang diwakili oleh bahagian berwarna?
antara caranya ialah:
9 ÷ 3 = 3
9 mewakili bilangan yang terdapat di dalam gambar rajah, manakala 3 pula mewakili pecahan yang terdapat dalam satu bulatan.
oleh itu, bahagikan nilai 9 dan 3.
jumlahnya ialah 3.
jawapan bagi bahagian berwarna ialah 9/3 atau 3.
Nombor bulat boleh juga ditulis dalam bentuk pecahan.
Misalnya, 4 = 4/1 , 7 = 7/1
Cara menukarkan pecahan tidak wajar kepada pecahan bercampur ialah:
1) bahagikan pengangka dengan penyebut
2) hasil bahagi (nombor yang berada di bahagian atas) akan menjadi nombor bulat
3) manakala, baki yang terdapat hasil pembahagian akan ditulis sebagai pengangka
4) penyebut pula diambil dari nombor pembahagi
(untuk lebih memahami, sila rujuk gambar dibawah)
Berikut merupakan langkah-langkah menukarkan pecahan bercampur kepada pecahan tidak wajar.
1) darabkan nilai penyebut dengan nombor bulat
(berada di sebelah kiri)
2) kemudian, tambahkan hasil darab tadi dengan pengangka
3) untuk memperolehi jawapan, hasil tadi dijumlahkan dan dibahagikan @ diperkan dengan nilai penyebut
Misalnya:
~semoga adik-adik dipermudahkan untuk memahaminya~
21 comments:
macam mana nak tukar pecahan bercampur kepada pecahan wajar atau tidak
bagus! sebagai bahan tambahan membantu pelajar belajar secara talian internet. pembelajaran secara maya sesuai dengan PAK 21
bagaimana nak kirakan 3 2/5 kepada nombor yang bercampur
ini sangat membantu untuk menyelesaikan masaalah matematik pecahan bercampur...��
3 2/5
=5×3+2
=17
Macamana nak tukarpecahan kg ke g
Macamana nak tukarpecahan kg ke g
Macamana nak tahu per nak tukar manjadi kg
Bagaimana nak ungkapkn no nie 0.495 kpd stu bentuk pecahan terendah
very simple and easy thank
Macam mana nak jawab soalan ini?
Bahagikan 1 2 per 3 dengan 6
Kita darab je seribu
45 per 6
bagaimana nk tukar nombor pecahan kepada nombor bulat
Macam mana nak tukar pecahan wajar ke nombor bulat
Macammna nak selesaikan. Tukarkan digit 4 kepada pecahan nombor bercampur
Cam mana nak tukar nombor bercampur kepada nombor bulat
Macam mana nak jawab 5 per 6 daripada 180g
macam mana nak tukar 1/3 ke nombor bulat??
T-Rex's - T-Rex's - Titanium Tent stakes - T-Rex's
T-Rex's - mens titanium wedding bands T-Rex's titanium rainbow quartz - T-Rex's. T-Rex's. titanium canteen T-Rex's. T-Rex's. T-Rex's. T-Rex's. T-Rex's. T-Rex's. T-Rex's. T-Rex's. 출장샵 T-Rex's. T-Rex's. babyliss titanium flat iron T-Rex's. T-Rex's.
Post a Comment