Pages

PECAHAN SETARA -PENDARABAN DAN PEMBAHAGIAN

Hasil Pembelajaran

 1.) menentukan pecahan setara, penyebutnya hingga 10 bagi pecahan wajar.

   2.) menukar pecahan wajar dengan mendarab pengangka dan penyebut        dengan nombor yang sama, 

    3.) menukar pecahan wajar dengan membahagi pengangka dan penyebut dengan nombor yang sama. 




Equivalent Fractions atau pecahan setara adalah sebuah pecahan yang mempunyai nilai yang sama walaupun kelihatan berbeza.


Contoh:
Pecahan dibawah mempunyai nilai yang sama



Mengapa pecahan ini dikatakan sama? Ini kerana ketika anda mendarabkan atau membahagi kedua bahagian atas dan bawah dengan jumlah yang sama, nilainya adalah tetap. Peraturan yang patut diambil perhatian ialah:

Apa yang anda lakukan untuk bahagian atas pecahan,
Anda juga harus lakukan untuk bahagian bawah pecahan

  
pendaraban dalam pecahan setara


Pernyataan untuk peraturan bolehlah dilihat dalam contoh dibawah:

Dapat dilihat bahawa bahagian pengangka(nombor di atas) dan penyebut (nombor di bawah) didarabkan dengan nombor yang sama untuk memperolehi pecahan setara.

Dengan menggunakan bantuan gambarajah, pernyataan adalah seperti ini:
 



pembahagian dalam pecahan setara



Berikut adalah contoh pecahan setara yang melibatkan kaedah bahagi:

Dapat dilihat bahawa bahagian pengangka(nombor di atas) dan penyebut (nombor di bawah) dibahagikan dengan nombor yang sama untuk memperolehi pecahan setara. Diingatkan bahawa langkah pembahagian boleh terus dilakukan sehingga pecahan tidak dapat dibahagi lagi.

Penting:
Bahagian pengangka dan penyebut dari pecahan hendaklah terdiri daripada nombor bulat.


Nombor yang dipilih untuk dibahagikan hendaklah memberi jawapan yang sama rata (tiada baki) untuk dua-dua bahagian pengangka dan penyebut.


Anda hanya boleh mendarabkan atau membahagi pecahan untuk mendapatkan pecahan setara. Jangan sesekali melibatkan operasi penambahan atau penolakan.

~semoga adik-adik dipermudahkan untuk memahaminya~


4 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum
Mohon bantu saya untuk selesaikan permasalahan berikut:
1. katakan y=ax2+bx+c suatu persamaan kuadratik dengan sifat-sifat berikut
i)titik maksimum ialah (-1,-1)
ii)pintasan y ialah -2

cari a, b dan c

2) f(x)=1/x. cari f'(x), f"(x), f"'(x)

Unknown said...


Thank you for this information.it helpse to do math question i did't no.

Unknown said...

Tolong terangkn

Unknown said...

Ok

Post a Comment