Pages

Pecahan



Hasil pembelajaran                                                 

  • Murid-murid dapat mengenal pasti pecahan
  • Murid-murid berupaya untuk menyebut, membaca dan menulis nombor pecahan
  • Murid-murid mengenal pasti pecahan sebagai pembahagian yang sama rata daripada keseluruhan satu set.


Apakah itu pecahan?



Memperkenalkan pecahan pada murid dengan menggunakan contoh pizza.
Sebuah pecahan adalah sebahagian daripada keseluruhan.


satu per dua @ one-half


satu per empat @ one-quarter


tiga per lapan @ three-eighths

Guru menceritakan bahawa angka yang di atas mewakili berapa banyak potongan pizza yang murid miliki dan jumlah bahagian bawah menceritakan bagaimana banyak potongan pizza itu dipotong



Numerator (Pengangka) & Denominator (Penyebut)

Guru menerangkan bahawa nombor yang di atas di sebut numerator (pengangka) 

(merujuk cerita piza di atas, pengangka ialah jumlah bahagian-bahagian yang murid miliki)



Guru menerangkan nombor di bawah di panggil denominator (penyebut)

(merujuk cerita piza di atas, penyebut ialah jumlah bahagian pizza keseluruhan)

Contohnya:


1 ---> pengangka
2 ---> penyebut

Tips:
Untuk mengingat nama bagi setiap pengangka dan penyebut guru bolehlah tekankan bahawa pengangka = angka dan angka adalah number dalam BI lalu diingati sebagai numerator.
Bagi penyebut pula, guru boleh gunakan "Down"-ominator dan down adalah bawah maka denominator adalah nama bagi penyebut.


Jom tengok video!



 Uji diri anda!


 

0 comments:

Post a Comment