Pages

Penambahan dan Penolakan Pecahan Yang Sama Penyebut


SITUASI 1:

Ibu mengambil sebiji limau dari peti sejuk. Kemudian, ibu memotong buah oren tersebut kepada 8 bahagian yang sama. Ali memakan 2 ulas daripada limau itu dan Adi memakan 3 ulas daripada limau itu. Berapakah jumlah ulas limau yang telah dimakan oleh Ali dan Adi??





Jom kita kira sama-sama berapa bahagiankah yang dimakan oleh Ali dan Adi ye adik-adik..
Ali makan 2 daripada 8 ulas limau =  2/8
Adi makan 3 daripada 8 ulas limau = 3/8
Jadi, jumlah bilangan ulas limau yang telah dimakan ialah:

2/8 + 3/8 = 5/8

tapi adik-adik, berapa pula bilangan ulas yang tinggal??

jom kita kira sekali lagi...

sebiji limau mempunyai 8 ulas limau = 8/8
jumlah yang telah dimakan oleh Ali dan Adi ialah 5/8
jumlah yang tinggal ialah...

8/8 - 5/8 = 3/8

jadi, jumlah ulas limau yang masih tinggal ialah 3/ 8




SITUASI 2:

Aida membeli sebiji kek di sebuah kedai. di rumah, dia memotong kek itu kepada 5 bahagian yang sama besar. selepas itu, satu bahagian daripada kek itu diberikan kepada Anita dan 2 bahagian lagi diberikan kepada Aisyah. berapakah jumlah bahagian kek yang telah diberi oleh Aida??




Ayuh adik-adik,  kita kira sama-sama !!!

Sebiji kek dipotong kepada 5 bahagian.

Aida memberi satu bahagian daripada kek itu kepada Anita= 1/5

Aida memberi 2 bahagian daripada kek itu kepada Aisyah = 2/ 5

jumlah bahagian kek yang diberi ialah 1/5 + 2/5 = 3/5

jadi adik-adik, berapa pula bahagian kek yang tinggal untuk Aida??

jom kita kira!!!

sebiji kek memiliki 5 bahagian = 5/5

bahagian kek yang diberi kepada Anita dan Aisyah = 3/ 5

jadi, baki yang tinggal ialah = 5/5- 3/5 = 2/5








diharap adik-adik semua dapat mempelajari pecahan ini dengan senang hati..

ada masa kita jumpa lagi..:)

0 comments:

Post a Comment